Tuesday, May 8, 2007

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh
cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu untuk kekasihnya dengan rela
bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan
kekasihnya dan berubah menjadi orang
yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya
kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan
kekasihnya kerana perasaan cemburunya
yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan
kekasihnya kerana dia sentiasa berasa
curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat
dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif
apabila kekasihnya tidak menumpukan
sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak
kecil yang meminta perhatian kerana dia
mahu kekasihnya melayannya lebih dari
orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin
dan sanggup membantu kekasihnya
melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin
dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila
kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu
lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan
kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada
dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya
mencintainya kerana dia merasa kasihnya
lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan
lain yang tidak ada urusan penting
dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak
masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan
orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,
ia akan berasa serik dan tidak percaya
dengan cinta perempuan lain namun dia
sentiasa mengharap kekasihnya kembali
kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia
akan hilang akal dan sanggup berbuat apa
saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai
orang yang paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada
kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat
demikian itu bererti hatinya belum 100
peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup
menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan.

p/s now i know. =)

No comments: